susah hati betul laa...tahun depan,insyaallah kena letak anak-anak kat pusat asuhan..rasa berat hati la pulak,sebelum ini kakak sy yg ngasuh..tapi bila pikir-pikir balik,xbleh nk elak dah..mesti kena letak anak kat pusat asuhan..kalu dah jd ibu yg bekerja,mcm nie lah jdnya...redha jerlah...anak-anak tersangat la aktif,risau jugak takut buat perangai lebih2..kalau mak sdara diorg yg jg xpelah..Ya Allah,lindungilah anak-anak
ku dari segala mara bahaya dan musibah..amin....
Selasa, 22 Oktober 2013
Khamis, 10 Oktober 2013
Anakku Penggemar scoth emulsion..
Salam buat semua rakan-rakan.....long long time xjengah blog nie...rasa rindulah plak nk bercerita...this times nk cerita pasal anak sy yg amat gemarkan scoth emulsion..walaupun rasanya amatlah xsedap di tekak sy,tapi di tekak anak sy amatlah sedap...:).."ermmmm..sedapnya ibuuu"ungkapan dari anakku yg sering di suarakan..pantang tengok sy balik keje n masuk dapur,mesti dia akan cepat2 bukak peti ais n ambik scoth..mintak sy suapkan..mmg suke sgt dia...scoth emulsion memang elok untuk meningkatkan tahap imunisasi dalam badan kita terutamanya bagi kanak-kanak yg amat aktif yg amat memerlukan daya tahan yg tinggi menentang demam selsema terutamanya....Dalam pemerhatian sy,sejak anak mengambil scoth emulsion..bila dia selsema,cepat sembuh n keadaan fizikal dan mentalnya menunjukkan peningkatan yg positif...So cubalah bagi anak2 makan erk...kalau anak suka makan scoth emulsion,memang satu bonus la...hikhikhik.
Sabtu, 22 Jun 2013
Kematian Itu Pasti
Kematian adalah janji Allah yang pasti kepada hamba-hambaNya..Baru-baru ini,sepupu suami telah mengalami kemalangan yang melibatkan perlanggaran motosikal dengan kereta...beliau mengalami pendarahan dalaman di kepala dan patah kaki kiri dan tangan kanan..beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal hari rabu yang lalu iaitu 19/06/2013 kerana komplikasi yang teruk pada paru-parunya...Sesungguhnya,telah termaktub di Luh Mahfuz sudah sampai ajalnya.Semoga Arwah dicucuri rahmat olehNya...Kita yang hidup ini haruslah sentiasa bersyukur kerana di beri peluang untuk bernafas lagi dan beribadat kepadaNya...Janganlah mengsia-siakan hidup kita dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah dan merosakkan diri kita sendiri...lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk kita dan semua orang mampu merasai tempias kebaikannya..insyaalah..
Isnin, 17 Jun 2013
puteraku..alahai manjanya.
Puteraku namanya Akmal Hadif Bin Mohd Shufian...sekarang ini umurnya 10 bulan,tanggal 15 ogos 2012 iaitu dalam bulan ramadhan,lahirlah anak keduaku ini...hadif amat berbeza dengan anakku yg sulong husna.Hadif lebih rapat dengan ku,lebih manja n mahukan perhatian yang lebih setiap masa...pantang nampak ibunya bergerak untuk ke mana-mana pasti suaranya yg lunak akan kedengaran......tangannya yg comel itu pasti akan menarik-narik bajuku...alahai anak ibu nie,manjanya dia...meh ibu cayang sikit...muaahh3..bila cium dia bertubi2 pasti akan mengekek ketawanya..terhibur juga hatiku..penat bekerja terus hilang..hilang kemana,aku pun tak tahu,mungkin lari dek kerana mendengar hadif ketawa kuat kot..hu2..ape2pun anak2 pengubat lara..
ibu oh ibu engkaulah ratu hatiku
Anak merupakan anugerah paling berharga kurniaan Allah kepadaku..
Ainul Husna Binti Mohd Shufian itulah nama puteri sulongku....setiap kali pulang dari tempat kerja husna pasti akan menyanyikan lagu ibu untukku...alangkah bahagianya aku...kadang2 suami pun cemburu.."nyanyilah lagu untuk abah jugak kakak"kata suamiku....huhuhu...jealous sangat nampaknya..buat ibu2 di luar sana,berbahagialah mendapat gelaran ibu dan bersyukurlah...layanlah kerenah anak dengan penuh sabar n biarlah diri kita sentiasa menjadi temannya dikala suka dan duka..
Ainul Husna Binti Mohd Shufian itulah nama puteri sulongku....setiap kali pulang dari tempat kerja husna pasti akan menyanyikan lagu ibu untukku...alangkah bahagianya aku...kadang2 suami pun cemburu.."nyanyilah lagu untuk abah jugak kakak"kata suamiku....huhuhu...jealous sangat nampaknya..buat ibu2 di luar sana,berbahagialah mendapat gelaran ibu dan bersyukurlah...layanlah kerenah anak dengan penuh sabar n biarlah diri kita sentiasa menjadi temannya dikala suka dan duka..
Langgan:
Ulasan (Atom)