Sabtu, 22 Jun 2013
Kematian Itu Pasti
Kematian adalah janji Allah yang pasti kepada hamba-hambaNya..Baru-baru ini,sepupu suami telah mengalami kemalangan yang melibatkan perlanggaran motosikal dengan kereta...beliau mengalami pendarahan dalaman di kepala dan patah kaki kiri dan tangan kanan..beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal hari rabu yang lalu iaitu 19/06/2013 kerana komplikasi yang teruk pada paru-parunya...Sesungguhnya,telah termaktub di Luh Mahfuz sudah sampai ajalnya.Semoga Arwah dicucuri rahmat olehNya...Kita yang hidup ini haruslah sentiasa bersyukur kerana di beri peluang untuk bernafas lagi dan beribadat kepadaNya...Janganlah mengsia-siakan hidup kita dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah dan merosakkan diri kita sendiri...lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk kita dan semua orang mampu merasai tempias kebaikannya..insyaalah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan